Kala senja kian berlabuh

Hari ni kenapa ana rasa semacam lain sangat, kadang kala tu rasa susah hati bercampur baur dengan risau. Ana hilang punca, mungkin ana rsaukan seseorang. ana harap dia oke kat sana. sebab ana risau sangat tentang dirinya dan ana terlalu sayangkan dia. Baru2 ni dia baru je mengalami trauma yang agak teruk, sebab masa tu dia baru je lepas mengalami accident. Bas lawatan yang dia naiki dari mersing ke langkawi tu dilanggar bas yang dari arah belakang yang cuba memintas bas yang dia dinaiki. Tapi ana pun tak tahulah macam mana boleh berlaku sedemikian rupa. Barang kali pemamdu bas tu mungkin sedang mengantuk ke, mabuk ke siapa tahukan. Dia pergi lawatan tu pun sebab anjuran sekolah, lawatan sambil belajar ke universiti di langkawi. kalau tak memang ana tak bagi dia pergi. sebab anaterlalu risaukan keselamatan dia. Akan tetapi tuhan tu maha pemurah lagi maha penyayang, ALLAH masih sayangkan dia lagi. ana rasa bersyukur sangat, alhamdulillah ana dapat dengar suara dia semula. kalau kejadian yang tak diingini berlaku pada dia. ana tak tahulah pada siapa lagi ana nak bergantung kasih dan harap. hanya dia saja yang dapat mengubat luka dan rindu di hati ana..


Di sinilah tempat ana menghilangkan kegusaran di hati T-T

Apa yang ana harapkan pada tuhan, ana mohon padaNYA semoga dia berada dalam keadaan sihat walafiat serta dilindungi ALLAH swt dari segala ancaman luar. Andai dia sedang membaca entri ni, ana nak dia tahu yang ana betul2 sayangkan dia. ana tak dapat hidup tanpa dia. walaupun kita berjauhan, ibarat(ana di utara dia di selatan) tapi ana rasa dekat sangat berada di sampingnya. hilai tawa, sifat baik yang selalu dia tunjukkan pada ana, suka jaga hati ana walaupun kadangkala ana selalu menyakiti hatinya, selalu buat dia sedih. tapi dia tidak pernah terlintas sedikit pun berdendam pada ana. Kadangkala ana nangis sendirian mengenangkan sikap ana yang kadang kala ada pasangnya, juga ada surutnya. jarang ana dapat orang yang ana sayang sanggup lakukan apa sahaja demi menjaga hubungan yang sekian lama terjalin. manja serta rengekkannya sering kali buat ana tersenyum sendirian..(T-T)

Akhir bulan lepas pada (26 jun 2010) ana sudah genap setahun ana bersama dia. dan ana harap hubungan ni kekallah sampai bila2, dia dalam sejuta yang paling ana sayang. Tiada pengganti diri dalam hati ana jikalau ana kehilangannya. Mudah2an tuhan saja yang membalas jasa baiknya. Kata2 ana yang selalu ana sebut2kan padanya ‘Sayang, ubby tak ada apa yang nak diberikan padamu, apa yang ubby mampu beri adalah kasih dan sayang yang tulus ikhlas dari ubby. ubby harap hubungan kita kan kekal hingga ke syurga nanti. i.allah suatu hari nanti kita akan di pertemukan..’ ya allah kau berikanlh kebahagiaan dan peliharalah hubungan di antara kami, agar kami tidak merasakan kehilangan insan yang kami sayangi..amin..

yang ikhlas dari hubby_baby..

One response to “Kala senja kian berlabuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s