Kisah si Ahmad & rumput!

Satu hari, ketika di sekolah..

Cikgu zaharah membawa anak-anak muridnya ke padang sekolah..

Cikgu : Saya nak kamu semua cari sehelai rumput bermula dari sini hingga hujung padang yang paling cantik, semasa kamu cari rumput tu jangan sesekali kamu patah balik, dan kamu tunjuk kepada saya setelah kamu menjumpainya.

Pelajar : baik cikgu!

setelah 30 minit berlalu..

Kesemua pelajar telah kembali dengan sehelai rumput, seperti yang di minta oleh gurunya. Kecuali hanya seorang pelajar yang bernama Ahmad kembali dengan tangan kosong. Lalu Cikgu Zaharah bertanya kepada Ahmad..

Cikgu : Ahmad, kenapa kamu tak petik sehelai rumput untuk kamu berikan kepada saya?

Lalu Ahmad dengan rasa sedih menjawab..

Ahmad : Pada mulanya saya dah jumpa rumput yang cantik cikgu. Tapi saya rasa mungkin ada yang lebih cantik dari yang saya nampak tadi. Jadi saya teruskan perjalanan, juga saya ada menjumpainya tapi saya rasa ada yang lebih cintik dari yang tadi. Sampailah ke hujung padang saya tak dapat petik satu pun kerana semuanya cantik belaka. Saya nak patah balik cikgu kata tak boleh, jadi saya baliklah dengan tangan kosong.

Lalu Cikgu Zaharah memanggil semua muridnya berkumpul..

Cikgu : Sebenarnya saya panggil kamu semua cari rumput yang paling cantik sebab ada maksud yang tersirat dalam pelajaran kita hari ni, iaitu hendaklah kita menghargai seseorang itu seadanya. Jangan kita mengejar sesuatu yang tidak pasti kita boleh memilikinya, kelak mungkin akan sesali diri. Tiada guna kita berpatah balik, kerna mungkin yang di tinggalkan telah hilang buat selama  – lamanya..sob3! hehe

5 responses to “Kisah si Ahmad & rumput!

  1. ko ni pantang aq update blog ad ja comment nyew…
    teknik penceritaan aq edit k..no copy paste..haha
    text hijau org kate..kakaka! baground aq 2 blakang ja..
    xmengganggu tulisan k..refresh blek page ko kowt..nt oke la..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s