Kenapa erk , wanita memerlukan lelaki ?? (khas buat insan yang bergelar wanita)

1 . Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki , tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan , cinta itu anugerah ..

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu , ia begitu memukul-mukul kepala . Ya , apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki ?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat , berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan ..

Saya mempunyai seorang rakan , sederhana cantik , tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk , tidak terlalu buruk , tidak terlalu jelita , manisnya ada , santunnya memikat orang tua , beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat , dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ..

Tetapi saya fikir , saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya .. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu , dan membuatnya selalu terfikir-fikir :  Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki ..

Kawan , saya harap dia membaca artikel ini .. Cinta tidak datang dipaksa-paksa .. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya .. Jika kita mahukan ia menjadi air , ia datang seperti api ..


Tetapi , jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan , seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga .. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit ..

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap , janggut selambak atau harta membuak-buak ..

Tetapi lelaki yang baik , jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat , membimbing kelakuan kita , menjaga kemurnian kalbu bersama-sama , mendidik , membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana , dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ..

Dia akan datang apabila tiba masanya .. Lambat atau cepat , maafkan saya , kerana Allah itu yang lebih mengetahui ..
Kawan , kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya .. Dia menyempurnakan kita .. Namun , tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina , selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek , kita sebagai wanita , harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan ..

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat , bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita ..

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita , gadis , yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin ..

Ya , lelaki memang mendatangkan bahagia .. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara .. Namun jika kita bijak menatangnya , semuanya pasti baik-baik sahaja .. Itulah adat dalam perhubungan .. Yang buruk-buruk pasti ada ..

Barangkali daripada si dia , barangkali juga daripada kita , tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua .. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak , jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa , maka ada baiknya anda menyerah kalah saja ..

Walaupun tidak saling memiliki ., dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi , anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa ..

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa .. Bercakap soal kahwin , beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama ..

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian , kini sudah disunting , dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai ..

Semoga mereka tak tersalah pilih .. Dan semoga lelaki yang dipilih , melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri ..

Wanita , kita dicipta dengan kemuliaan syahadah .. Kerana benih seorang lelaki , kita ini tersenyawa , dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia ..

Kerana benih seorang lelaki , kita ini ditiupkan jiwa , menjadi manusia , dan mencari seorang lelaki untuk dicintai , sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa ..

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta , kita wanita , kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki , tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki , tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki ..

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah , kita terbit daripada rusuk lelaki , bukan dekat kepala untuk dijunjungi , bukan dekat bahu untuk membebani , bukan dekat lengan untuk dijulangi , bukan dekat jari untuk disakiti , bukan dekat pinggul untuk dihenyaki , bukan dekat lutut untuk ditindihi , bukan dekat kaki untuk ditunggangi , tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia , disayangi dan dicintai ..

Andai lelaki itu burung yang terbang , kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya .. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi , maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata ..

Kita mahu menjadi bunga , menghias sayapnya . Kita mahu terus bersama-sama , terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka , sehingga jalannya yang paling hujung , sehingga kita tua , rapuh dan mati ..

Khas untuk kaum , yang bergelar wanita .. ^_^v ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s