Harapan dan kepastian (Part 1)

Hari ini air mata ku menitis sejak sekian lama aku simpan , aku rasa sedih sangat malam ni , aku pun tak tahu macam mana nak sembunyikan perasan aku ni , setelah sekian lama aku simpan semua ni menjadi kenangan dalam hidupku , aku dah tak tahu pada siapa lagi untuk aku meluahkan isi yang terpendam di lubuk hati , aku betul2 berada dalam kebingungan . Seusai je solat isya’ tadi , tiba2 air mataku menitis kerana diri aku benar2 berada dalam kesedihan yang tak dapat ditahan lagi , hanya DIA yang menjadi saksi , dan hanya DIA saja yang mengetahui segala yang terpendam di dalam hatiku ..

Tadi aku mendapat panggilan dari seseorang . Seseorang yang benar2 aku rindui setelah sekian lama aku tidak mendengar khabar dan suara darinya , tapi malam ni suaranya agak sayu sedikit , suaranya membuatkan aku terkedu seketika , panggilan darinya betul2 mengejutkan diriku yang leka termenung sendirian , aku mencapai telefon burukku , tertera nama insan yang benar2 aku rindui selama ni , dengan nada yang gementar aku menjawab panggilan dia , hanya tuhan je yang tahu bertapa gembiranya diriku ketika itu .. panggilannya hanya untuk bertanyakan khabar tentang diriku , kerana dia terlalu merinduiku , aku berasa sebak seketika , T_T , walaupun aku tak berhubung dengan dia sejak kebelakangan ni , tapi aku selalu teringatkan dirinya , tertanya2 akan dirinya , “apa yang sedang dia lakukan ketika ni ?” , “dah makan ke belum ?” , “sihat ke tak ?” , “happy ke hidup dia sekarang setelah lama aku tinggalkan dia dulu ?” .. tapi tu semua cerita dulu , kalau boleh aku tak nak ingat semula , tapi kadang2 aku rindu dia sangat2 .. T_T ..

…..

Tadi masa dia call , dia kata dia nak jumpa aku , sebab dia kata dia terlalu rindukan aku , mungkin kalau jadi pun pertemuan antara aku dan dia kali ni , dan itu adalah pertemuan kali pertama aku bersama dia , jadi aku bercadang la untuk ajak dia datang kerumah sabtu minggu depan , agar aku dapat meluangkan masa dengan dia sebaik mungkin , itu pun kalau dia jadi nak datang , sebab pada hari tu dia ada kuliah ganti dan kokurikulum . Sejak dia dah belajar di uitm ni , kebarangkalian untuk aku berjumpa dengannya agak tinggi , sebab uitm tempat dia study berhampiran dengan rumah aku , Cuma aku tak ada kesempatan untuk bertemu dengannya , kebelakangan ni juga aku agak sibuk sikit dengan kuliah dan masalah yang aku alami ketika ni , dah banyak perubahan tentang dirinya , cara dia bercakap , penampilan dirinya , agak segan untuk aku berjumpa dengan dia nanti . Dengan diri aku yang ketika ini agak serabut dan tak terurus , menambahkan lagi keseganan aku untuk bertemu dengannya , aku ada cakap juga padanya tentang diriku , tapi dia tak kisah semua tu , yang penting dia dapat jumpa aku , sebab dia rindukan aku sangat2 , kata2nya menambahkan lagi sebak di dadaku , rasa macam nak nangis pun ada , tapi aku sembunyikan dari semua tu , kerana aku tak nak dia beranggapan buruk terhadap diriku . Tapi serius aku cakap , setiap kali aku bercakap dengan dia dalam telefon suatu ketika dulu , tak lekang air mata aku menitis , sebab aku terlalu sayang padanya , tapi .. sekarang dia bukan milikku lagi , aku redha dengan apa yang telah terjadi dengan hubungan aku dan dia suatu ketika aku berpisah dengan dia dulu .. sekarang banyak benda yang aku sembunyikan tentang diriku kepadanya , aku bukan sengaja , cuma satu je , sebab aku nak menjaga hatinya ..

…..

Sejak aku berpisah dengan dia dulu , aku sering bertanyakn padanya , yang antara aku dan dia “adakah masih ada jodoh ? antara aku dan dia” .. tapi tah lah , sampai sekarang aku tertunggu2 jawapan yang benar2 pasti darinya , kerana dia ingin kembalikan dirinya seperti dulu , tp mungkin caranya dah berbeza sewaktu aku mula2 kenal dia dulu .. Salah aku juga sebab pernah melukakai hatinya , T_T , selepas berpisah dulu , aku sanggup menunggu kehadiran dirinya untuk menerima aku semula , tapi .. orang ketiga telah muncul dalam hidupku , ‘dia’ ni adalah seorang adik angkat aku dulu , tapi adik angkat aku ni yang minta untuk aku terima ‘dia’ sebagai teman hidup , tapi masa tu aku ada minta sedikit masa padanya untuk aku berfikir .. Mungkin penantian aku pada dia dulu hanya penantian dan harapan yang tidak pasti , adakah esok ? , adakah lusa ? , namun semuanya telah terjadi , aku dan adik angkatku telah pun menjadi ‘sepasang kekasih’ , ketika tu aku bukan tak nak bagi tahu dia yang aku dah ‘couple’ dengan adik angkat aku ni , Cuma aku tak nak dia kembali sedih , dan mungkin kebarangkalian besar aku dah tak dapat contact dengannya , eventho sekarang ni aku hanya berkawan dengannya , sebab tu lah banyak benda yang berlaku pada diri aku sejak kebelakangan ni , aku rahsiakan dari pengetahuannya , sebab aku takut yang aku akan kehilangan dia buat selama2nya .. kedatangan dia kali ini , benar2 memberi harapan pada diriku untuk kembali semula pada dirinya , tapi .. macam mana aku nak cakap pada ‘dia’ .. T_T , aaaarrrggghhh !! .. nak je aku putuskan hubungan antara aku dan ‘dia’ untuk menerima dirimu semula .. tapi adakah aku ini kejam ? tidak berperikemaknusiaan ? .. hump ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s