Masihkah ada sinar bahagia untukku (Part 2)

Ya Allah kau berikanlah hambamu ini kekuatan diri dalam menghadapi detik2 hari yang bakalku tempuhi nanti , andai beban yang aku pikul ni adalah ujian dan dugaan darimu Ya Allah , aku redha dengan ketentuan darimu , cuma kau berikanlah hambamu ini sedikit kekuatan diri untuk aku terus tabah melaluinya .. T_T

Minggu lepas adalah hari yang paling bermakna dalam hidupku , jarang sekali aku merasakan diri ini terlalu berharga buat si dia . Cuma mungkin masa telah merubah segalanya antara aku dan dia sekarang hanyalah sekadar “kawan” , tapi aku masih tak boleh terima yang dia bukan lagi milikku , tapi mungkin satu hari nanti , masanya akan tiba .. Insyaallah . Sabtu malam lepas , setelah sekian lama hari yang aku tunggu2 , akhirnya dapat juga aku bertemu dengannya , kerinduan yang teramat sangat pada dia , petang tu aku plan nak jumpa dengan dia , tapi masa tak mengizinkan aku untuk berjumpa dengan dia , jadi aku tunda untuk berjumpa pada waktu malam ..

Malam yang di nanti2kan akhirnya tiba , aku drive sendiri sambil aku terfikir “betul ke apa yang aku buat ni adalah sebab aku terlalu sayangkan dia ?” atau “mungkin sebab aku terlalu rindukan dia” , “adakah dia akan gembira bila jumpa aku nanti ?” .. bermacam2 pertanyaan bermain di fikiranku ketika itu , hanya malam yang dingin menjawab persoalanku , tak jauh dari rumah agak dalam 40 minit perjalanan , akhirnya tiba juga aku di depan tempat kediamannya . Dengan perasaan gementar aku terus call dia , memberitahu yang aku dah sampai di kediamannya .. akhirnya penantianku selama 2 tahun perkenalan dalam telefon , tidak ku percaya yang dia benar2 telah berada di belakangku sambil menyapa “erm , hye awk ?” jantung aku bagai nak gugur masa tu , tak percaya yang dia tu adalah dia yang selama ni aku rindukan raut wajah dan kelembuan suaranya , Ya Allah macam nak rebah je masa tu , comel sangat . hehe ..

Kitorang plan nak makan , jadi aku plan la nak makan kt KFC , sebab aku tengok cara dia mungkin dia tak biasa makan kt kedai2 , jadi KFC menjadi pilihan bersama .. malam tu aku tak berapa lapar sangat nak makan , so aku belikan makan untuk dia , then sempatlah kitorang sembang2 sebab dah lama tak jumpakan . Agak gementar untuk aku bersuara masa tu , aku sedar perbualan aku membuatkan raut wajahnya berubah , sebab aku dah hilang idea dan kata2 , nerves punye pasal , adeyh .. satu je yang aku suka time tu , dia nampak comel sangat bila dia senyum , manis senyumannya , rasa sayang sangat , kalaulah kat situ takda sesiapa , dah lama aku peluk dia kuat2 , even ada orang sekali pun , ada aku kesah ? tapi .. aku agak sedih bila time aku nak berdua2an dengan dia ada pulak yang mengganggu , “someone call” dia , then dia mintak izin nak jawab call , mungkin someone yang penting bagi dia sekarang , tak apalah aku simpan je perasaan sedih tu , sebab aku dah janji , yang aku taknak dia nampak yang aku sedih depan dia , biarlah aku simpan semuanya . Lepas makan kitorang cadang nak round2 tasik ..

Malam tu agak ramai orang yang datang kat area tasik tu , kebanyakannya family , aku pun rasa macam tak sesuai nak dating dalam keadaan serabut macam tu , tapi sebab dah tak tahu nak pergi mana lagi tengah2 malam time tu , so nak tak nak lepak jelah kat tasik , nak round2 tasik gelap pulak , fikir aku risau takut jadi apa2 je kat dia susah juga , jadi kitorang carilah tempat yang tak berapa nak sunyi , sebab nak duduk , time tu aku lebih banyak mendengar dia bercerita dari berkata2 , sebab aku nak dengar puas2 suara dia , yelah lepas ni tak tahulah bila lagi boleh jumpa , tah esok ? , tah lusa ? .. jangan cakaplah time tu ada bunga2 terbang atas kepala aku , haha .. sayang sangat kat dia ..

Malam tu jugak aku dah tak tahu lagi nak pergi mana , aku banyak habiskan waktu dalam kereta sampai pagi , nak ajak dia jalan2 kat i-City , tapi dia taknak , sebab ramai orang , aku ni pun satu hallah , dah tahu dia tak suka pergi tempat2 yang ramai orang , aku bawak jugak , tahlah sebab dah tak tahu nak pergi mana , dia nak ajak pusing2 KL , tapi aku bukan tahu sangat jalan area KL tu , lagi2 drive sendiri , kalau naik KTM tu boleh la juga , satu KL aku jadi tour guide , tapi kitorang masuk jugak i-City , just duduk2 dalam kereta je , habiskan waktu dengan bertukar cerita , satu benda yang bermain2 dalam fikiran aku time tu , sempat juga aku tenung lama2 mata dia , yang aku nak kiss dia , haha ! mungkin dia perasan , yang aku ni geram tengok bibir dia , tapi memang pun , dah lama aku usya bibir dia time makan kat KFC tadi , haha .. Aku terperanjat bila dia tanya “awk nak kiss saya ea ?” , haha ! time tu aku tersimpul2 malu , sebab aku ni bukan jenis yang suka memulakan sesuatu perkara , tet .. saat yang aku tunggu2 akhirnya dapat juga kiss dari dia . Mmuuaahhxx ! opss !  haha ..

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita , tapi malas nak naip , apa pun kenangan manis antara aku dan dia waktu tu , memang sukar untuk aku lupakan , lagi2 perkenalan antara aku dan dia menjangkau usia selama 2 tahun , walaupun kadang2 tu setiap perhubungan ada turun naiknya , macam air laut la jugak , apa yang dia lakukan untuk aku selama ni , aku hargai sangat2 , eventho aku tahu sekarang ni pun aku cuma bertitle “bersahabat” dengan dia , tapi insyaallah satu masanya nanti akan tiba , yang dia akan menjadi milikku semula ..

P/S : Aku nak dia tahu , jujur dari sudut hati , yang aku akan setia menanti kehadiranmu semula dalam hidupku , walaupun perih untuk aku telan tapi percayalah “SAYANG” , “CINTA” , dan “RINDU” ku hanya untuk dia seorang .. T_T .. tidak ada tempat atau pengganti yang boleh menggantikan dirinya yang betul2 ikhlas dalam menyayangi aku selama selama ini .. sob3

3 responses to “Masihkah ada sinar bahagia untukku (Part 2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s