Beringat ingatlah akan kematian

Entri ni aku nak sharelah sikit untuk kita semua , Sama samalah kita beringat ingat akan kematian , wahai saudaraku sekalian , jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati . Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur . Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara :

Pertama – Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir / Dengan cara ini hati kita boleh menjadi tenang . Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan ..

Kedua – Sentiasalah kita merendah diri dan menangis di hadapan Allah / Kita hendaklah bersikap merendah diri kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya . Apabila kita ditimpa musibah mahupun kesulitan , merintih dan berdoalah kepada-Nya ..

Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu / Sedarilah , semakin tinggi ilmu agama seseorang itu , semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa . Ini termasuklah majlis tari-menari dan  juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan ..

Keempat – Mengingati mati / Seseorang yang sentiasa ingat akan kematiannya , menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat , sekaligus meremehkan dunia dengan perkara perkara yang tidak mendapat faedah .

Kelima – Menziarahi kubur / Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling baik dan berkesan dalam mengubati hati yang keras ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s