Semalam dalam kenangan ..

Bersua kembali kita di dunia blog wizausky . Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal minggu lepas , actually benda ni aku bukan nak ‘vogue sangat’kan pasal kehidupan aku , aku punya blog , suka hati aku lah kan , sebenarnya saje nak share apa yang berlaku dan terlulis dalam dunia hidup aku , blog aku ni berkisar tentang hati ? , perasaan ? , jiwang2 ? tahlah , tapi ada orang cakap aku ni jiwang sangat , mat bungalah , romentik sangatlah , tapi tu semua pandangan orang , pada mereka yang betul2 kenal diri aku je yang boleh menilai tentang aku , jadi pada mereka yang tak suka tu , angkat bakul boleh blah okay ? macam mana ? ..

Al-Kisah .. ( Sambungan Part 2 )

Minggu lepas hari jumaat aku plan nak pergi PTPTN dekat KL Sentral , sebab ada urusan sikit , tapi memandangkan keadaan tak mingizinkan , sebab time aku sampai je depan pintu Office dia , “Alamak dah tutup la pulak” , sebab time rehat untuk solat jumaat , tapi tak apalah minggu depan aku ingat nak turun balik ..

Time tu aku keluar dengan someone , someone yang aku selalu mention dalam previous post tu . So aku cakaplah kat dia “memandangkan Office  pun dah tutup , jom kita pergi Times Square terus” , sebab hari tu plan pun nak jumpa dia sekali , so ni 2nd time aku hanging out dengan dia , jadi kitorang naik monorel . Sampai je kat Times tu , kitorang round2lah sekejap dalam area TS tu , dia kata nak tengok wayang , jadi aku bawaklah dia tempat beli tiket , aku cadang nak tengok filem “The Thing” , tapi aku tengok dia macam tak minat cerita horror , sebab dia nak tengok filem “The Three Musketeers” , so layankan la , lepas beli tiket kitorang cari McDonald , sebab dia kata lapar sangat , aku risau juga , takut2 dia jatuh pengsan je kat situ , tercari cari juga area McD sebelah mana , sebab dah lama tak jejak kat sana , last pergi TS pun tahun lepas , sebab nak repair laptop dekat Low-Yat , kalau setakat nak jumpa2 orang social network dah tak lagi ..

Sampai2 je kat McD ramai orang pulak , so terpaksa tunggu gilirankan nak makan , sementara tunggu giliran tu , round2 area situ , tapi yang paling seronok sangat time makan tu aku dapat tengok muka dia sepuas2nya , rindu dia sangat . aku rasa serba salah jugak sebab the whole time aku spent time dengan dia , everything dia support , thanks sangat2 kat dia , i.Allah satu hari nanti aku ingat nak bercuti dekat Genting Highlands , jadi aku ingat nak ajak dia pergi sekali , nak berbulan madu dengan dia , i.Allah doakan untuk aku supaya impian aku ini jadi kenyataan ..

Lepas makan kitorang cadang nak main bowling , sebab dia kata teringin sangat nak main bowling dengan aku , memandangkan aku pun dah lama tak main bowling , apa salahnya , cerita pasal bowling ni aku teringat masa dulu2 dia ada cakap kalau dia dapat main bowling dengan aku , kalau boleh dia nak menang , aku kena mengalah , hehe . Boleh pulak macam tu kan , tapi untuk dia aku sanggup kalah teruk , sebab nak bagi dia tersenyum gembira , tapi malangnya masa tak mengizinkan , sebab time tu dia kata nak jumpa bestie dia , lama lah jugak kitorang tunggu , sementara menunggu dekat ruang legar TS , aku sempat tangkap gambar dengan dia , sebab dah lama aku tunggu saat nak bergambar bersama dia , cadangnya nak masuk dalam FB , tapi dia kata jangan letak dalam FB , takut2 family dia nampk , tak apalah , aku nak frame cantik2 gambar tu , then nak bagi kat dia ..

Setelah penantian yang di tunggu2 akhirnya kawan dia pun sampai , so kami berlima , tanpa melengahkan masa , kitorang semua tunggu kat “Superbowl” , tapi tak main pun sebab tak jadi , tiket wayang aku dengan dia dah nak start , so lepak je lah dalam tu , lepas jumpa kawan2 dia , aku terus ke tempat wayang dengan dia , tapi aku berdua je , sebab kawan2 dia taknak tengok wayang , so tak apalah kalau macam tu , dalam wayang sempat juga aku pegang tangan dia , suap2 ‘pop corn’ , manje2 , dah macam laki bini kan , sayang dia sangat2 time 2 , time tengok wayang tu aku tak berapa tengok sangat screen , yang aku tengok muka dia je , geram sangat nk cium2 pipi dia banyak kali , muahx100x ! haha !

Tengok wayang pun dah petang , so habisnya malam , sebelum kitorang balik , dia kata nak jumpa kawan dia semula , sebab dah lama tak jumpa since dia dah sambung study kat Uitm , sempatlah jugak aku bergambar dengan diorang sebelum balik , lepas ni tak tahulah bila dapat jumpa diorang lagi , tapi aku tengok kawan2 dia ni happy je memanjang , lagi pun aku macam familiar je tengok muka seorang kawan dia ni , tapi tak tahu kat mana , tak akan pernah terserempak ? area KL ke ? tahlah malas nak tanye dia ..

Then lepas jumpa diorang kitorang terus gerak ke Monorel nak balik sebab dah malam , takut tak sempat sampai , risaukan dia , sebab dah malamkan , takut perkara yang tak diingini berlaku pada dia , tapi yang tak seronoknya time balik tu dia ‘moody’ dengan aku sebab aku suruh dia balik naik bus lepas sampai KL Sentral , ikutkan bangang jugak reason aku suruh dia balik naik rapid bus , sebab aku fikir tak banyak kerja dia nak balik Uitm nanti , nak naik KTM lagi , then nak ambil teksi lagi , banyak kerja , aku tak terfikir pulak kalau dia naik rapid bus tu membahayakan keselamatan dia , tapi di marah sangat kat aku time tu , yang dia taknak naik rapid bus , aku jadi serba salah pulak , cerita pasal nak pujuk dia ni , boleh tahanlah susahnya , dalam hati aku “susah juga nak pujuk dia ni” , dahlah dengan ramai orang berpusu pusu nak balik , sampai dua tiga monorel terlepas tak dapat naik , yang dia ni dah puas aku memujuk , cakap lembut pun dah , mintak maaf tu jangan cakaplah , aku rasa dah banyak kali aku ulang ayat “maaf” pada dia , tapi still moody , tapi moody dia ni lain sikit ..

Dalam kekerasan hatinya ada juga kelembutan yang tersingkap , mungkin kata2 aku pada dia membuat dia terfikir sejenak , time tu kitorang dah dapat naik train , aku cakap kat dia “takkan dah nak balik pun awak still nak tarik muka dengan saya , lepas ni tak tahu bila kita dapat jumpa lagi , mungkin kata2 saya tadi tak berniat nak buat awak terluka” time tu aku pasrah je apa yang keluar dari mulut dia , aku ingat dia nak marah , tapi dia senyum sokmo pulak , sambil peluk lengan aku , dalam hati aku “dia ni dah oke kowt , lain macam je , nak je aku cium kat sini” , hehe ! aku sayang sangat kat dia sebab dia ni tak macam orang yang aku pernah kenal , dia ni jenis yang bila sesuatu perkara yang berlaku pada dia , dia akan fikir balik , ‘betul ke tak apa yang dia dah buat’ , kalau dia nakkan kepastian dia akan ambil berat , kalau dia rasa apa yang dia buat tu salah , dia akan minta maaf , jarang sangat aku jumpa orang macam dia , satu dalam seribu .. hehe ..

Sampai je KL Sentral aku beli tiket nak balik Klang , malas nak balik hostel , lagipun hujung minggu bosan tak tahu nak buat apa kat hostel tu , so ingat balik Klang nak ajak dia bermalam dekat rumah aku , tapi dia taknak sebab esok dia ada module , jadi tak dapat datang , mungkin lain kali aku ajak dia datang rumah , time dalam KTM tu , aku ternampak ada seorang yang pandang dia ni lain macam sikit , sempat aku jelling tajam mata dia , tahu takut ! nak je aku bagi makan tapak kasut aku time tu , dari naik train sampai balik aku peluk dia , peduli apa orang nak cakapkan , sibuk duk mengata orang , diri sendiri tu cerminlah sikit ya , bak kata dia “Loser , Double loser , Moron“ , padan dengan muka depa , banyak mulut sangat , haha !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s