Diari Hidupku (2012) – Kerja Part Time ..

Bersua kembali pada entri kali ini , setelah sekian lama aku tidak menjengah blog ni yang sudah lama terkubur , kini aku kembali membersihkan lalang2 yang meninggi , bukan niatku untuk meminta simpati , tetapi adalah luahan yang terpendam yang datangnya dari hati kecilku .. Sejak akhir2 ini , banyak perkara yang berlaku pada diriku , biasalah kalau tak ada masalah tu , bukan namanya kehidupan , cuma sekarang ni aku dah tak berdaya lagi untuk memikul bebanan ini seorang diri .. Tiap kali aku hendak melupakan masalah itu , tiap kali itulah ia datang menghimpit perasaanku , selagi nyawaku masih di kandung badan , selagi itulah aku akan terus menjalani kehidupan aku seperti biasa , biar pun hati ini terlalu berat untuk melaluinya , tapi aku percaya bahawa hanya “DIA” sahaja yang mampu untuk meringankan keperitan yang ku tanggung selama ini ..

Kebelakangan ini study aku pun dah semakin tidak menentu , aku dah tak serajin dahulu , malah aku dah tidak segembira dahulu , banyak perkara yang bermain di dalam benak fikiranku .. Sekarang aku terpaksa belajar sambil berkerja untuk menyambung study aku kat sini , aku terpaksa berkerja separuh masa di hujung minggu , family aku pun masih tidak tahu yang aku telah berkerja sambilan sekarang , tempat yang aku sedang berkerja ni sajalah yang dapat melupakan aku tentang masalah yang sering bermain didalam benak fikirkanku , sekarang aku dah berkerja di sebuah company terletak di Shah Alam sebagai OM , buat masa ni income yang aku peroleh bolehlah dapat membantu aku untuk membayar yuran pengajian , walaupun tak seberapa disebabkan aku pun masih lagi belajar , tapi Inyaallah sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang aku tanggung selama ini .. Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar , sejarah hidup aku bukanlah dilahirkan dalam golongan yang mewah dengan harta benda , tapi aku juga insan biasa yang pernah melalui keperitan hidup suatu tika dulu .. Insyaalah jika tidak ada aral melintang akhir tahun ni dapatlah aku menamatkan pengajian aku disini , Dengan segulung Ijazah yang aku peroleh , aku nak berkerja untuk membantu Ibuku dan juga Ayah , saban hari aku terkenangkn bertapa perihnya mereka dalam membesarkan aku serta adik2ku .. “Ayah .. Ibu .. doakanlah kejayaan anakmu disini , halalkan segala curahan kasih dan sayangmu pada anakmu selama ini , Insyaallah satu hari nanti anakmu akan kembali membawa khabar gembira buatmu” .. T_T

One response to “Diari Hidupku (2012) – Kerja Part Time ..

  1. amin ….. lin doakan an berjye kay …
    setiap ujian yg Allah berikan pader kiter 2 ader hikmah disebaliknyer ….
    then kiter sebagai hambe Allah mcty bersbr dalam mengharungi dugaan yg diberikan serta liku2 kehidupan n terus berdoa kepdeNya …
    i knOw u can do .. btw good luck in ur stdy …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s