Bonda tercinta ..

Buat bonda yang ku cintai , anakmu merindukan setiap pelukan dan kasih sayangmu , andai masa dapatku putarkan semula , akanku buktikan setiap perjalanan hidup anakmu ini sentiasa dalam keredhaanmu .. Kerana setiap redha Allah bermula dengan keredhaan Ibu Bapa , malah aku ingin sangat berada di dalam pangkuan serta dakapanmu selagi hayatku di kandung badan , mengadu tentang hari2 lelahku , berkongsi cerita dan kasih sayang .. Ibu , kau lah segala2nya bagiku ..

Entri kali ini aku nak bercerita sikit tentang “Ibu” ku .. Sudah semestinya setiap orang punyai seorang Ibu dan seorang Ayah , masa kan tidak jika kita dilahirkan tanpa seorang ibu .. betul ? Mungkin yang tidak senasib dengan aku , ketika seseorang itu di lahirkan di dunia ni , ibunya telah pergi menyahut seruan Ilahi ketika dia dilahirkan .. Takziah serta “Al-Fatihah” buat ibu2 yang telah pergi menghadap tuhan yang maha ESA , semoga rohnya di limpahi cucuran rahmat dari ALLAH swt ..

Beberapa hari yang lalu , atau boleh dikatakan sejak kebelakangan ni ibu aku ni berperwatakkan pelik (janggal) , pelik bukan sebab apa , cuma lately ni ibu sentiasa menghatar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tentang nasihat , tentang kiamat , juga tentang kehidupan yang semakin hampir ke alam Akhirat , malah dia teringin sangat nak pergi Makkah bersama2 denganku .. Adakah itu adalah tanda salah satu permintaan terakhir buat ibu ? kadang2 aku bingung memikirkan tentang hal ni , nak tanye ibu aku takut ..

“Ibu , angah tahu ibu selalu rindukan angah , Ibu tak pernah lupakan angah walau sedetik , malah angah tahu ibu sebenarnya nak cakap yang ibu sayangkan angah , tapi hajat ibu tak kesampaian , sebab angah tahu hati ibu macam mana ..”

Sebelum ni aku pernah berhajat , that one fine day apabila aku dah tamat di alam University dan sudah pun berkerjaya , serta punyai kewangan yang stabil aku berhajat sangat nak ke Makkah suatu hari nanti bersama ibu , tapi time tu Ibu cuma diam seribu bahasa .. Tapi sekarang niat ibu nak pergi ke Makkah tu timbul semula , mengapa ibu ? malahan bukan sekali dia memberitahu melalui SMS , tetapi “TIGA” kali – angka “3” ..  Yang aku hanya mampu membalas balik SMS ibu “Ibu , kita sama2lah berdoa agar dimurahkan rezki dan suatu hari nanti niat Ibu nak ke Makkah bersama angah tu akan dimakbul olehNYA ..” Aku jadi sebak sebab aku tahu buat masa sekarang ni , kewangan ibu belum cukup untuk ibu mencapai hajatnya .. Sejak aku dah bekerja sambil belajar ni aku bukan tak nak tolong ibu , tapi hasil kerja yang aku dapat ni pun untuk aku bayar yurang pengajian yang masih lagi banyak untuk dilangsaikan , kalau tak aku tak dapat graduate macam kawan2 aku yang dah habis nanti ..

“Ya ALLAH – aku harap niat Ibu sebelum dia pergi buat selama2nya , kau perkenankanlah setiap bait2 doanya , kau gembirakanlah hatinya kerana dialah satu2nya ibu yang aku ada , Ibu yang pernah membesarkan aku dengan penat lelahnya suatu ketika dulu , kau murahkanlah rezki untuk kami sekeluarga Ya ALLAH ..” T_T

*Setiap satu titisan air mata yang mengalir dipipiku ini , adalah CINTA dan RINDU ku yang tulus ikhlas kepada Ibu ..

 

 

 

 

 

 

 

Khas buat bonda .. 

Wahai ibu ,
Ini khas buatmu ,
Penyandang jawatan ibu ,
Jawatan tertinggi dalam hidupku ,
Selepas Allah dan Rasulku ,
Tika aku kecil dahulu ,
Waktu jalanku masih diampu ,
Kamu sabar sepanjang waktu ,
Ajar didikku tanpa jemu ,
Agar kujadi insan berilmu ,
Tiap kali dalam sujudmu ,
Namaku pasti dalam doamu ,
Agar sejahtera aman hidupku ,
Tiap saat dalam katamu ,
Penuh kesan dalam amalku ,
Agar tiada lupakanmu ..

Dan hari ini ,
Kala mereka semua menyambut ,
Hari khas buat kamu ,
Hari ibu seluruh dunia ,
Tidak begitu bagiku ,
Aku tidak mahu begitu ,
Telah tersemat dalam kalbu ,
Setiap hari dalam hidupku ,
Adalah harimu bagiku ,
Moga terus kekal begitu ,
Ini janjiku ibu ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s