Janji Kita

Image

Seorang isteri menangis teresak esak kerana mahu memandikan jenazah suaminya , bapa mertua dan polis forensik melarangnya berbuat sedemikian , sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri , jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang , Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang , abang akan mandikan jenazah kamu..

Di luar bilik mayat hospital seorang Ustaz masuk bertanyakan apa yang dah berlaku , kemudian Ustaz itu berkata ” Tidak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suaminya ..” Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemani si isteri mandikan jenazah suaminya ..

Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa , ” Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang .. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti ..”

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata ” Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami , masuk ke mulut kami .. Moga Allah memberi pahala untukmu suamiku ..”

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata ” Tubuh inilah yg memberi pelukan kasih sayang kepadaku dan anak anak , Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata ” Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami sekeluanrga , berjalan dan berdiri sepanjang hari semata mata untuk mencari sesuap nasi , terima kasih abang .. Moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”

Seusai memandikan jenazah suaminya , si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata ” TERIMA KASIH abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri , aku redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah itu lebih besar nilainya pada mu ..”

Al-Fatihah buat dirimu wahai sayangku .. T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s