2013 – New me !

Assalamualaikum WBT

penulisanSempena 2013 ney aku nak tukar sikit cara penulisan aku kat dalam blog ney , sekurang-kurangnya ada lah jugak perubahan dan gaya penulisan aku sebelum ney , bila baca balik post-post aku yang lepas-lepas banyak sangat kenangan silam yang aku sendiri boleh tergelak sorang-sorang , tersengeh dah macam kerang busuk da .. apapun kenangan silam yang menjatuhkan aku dulu sikit pun tak menjatuhkan semangat aku untuk terus bangkit mempertahankan cita-cita aku sebagai seorang penulis yang berjaya suatu hari nanti , tak dapat jadi penulis at least aku boleh jadi orang yang boleh membanggakan ibu dan ayah aku sendiri , kalau nak diikutkan cita-cita aku dulu nak jadi seorang jurutera architect yang berjaya , tapi jurusan ijazah yang aku amik ney tak memenuhi criteria sebagai architect , at least ada lah jugak sangkut pautnye . “Software Engineering” ? jurutera jugak kan ? haha ..

Hidup mesti diteruskanSebenarnya aku bukan nak cerita pasal kisah silam aku dulu , yang dah berlalu biarkan ia berlalu ,  bagi aku biarlah apa yang dah berlalu itu kita jadikan ia sebagai pengalaman hidup yang mematangkan kita , sekarang 2013 ney aku dah jadi seorang dewasa , tapi muka , alamak .. “ate macam budak-budak lagi da ..” sampai mak aku pun cakap , “anak mama ni comel .. ada rupa , tapi tu lah degil ..” aku ney memang degil sikit , hehe .. bilalah aku nak jadi matured macam korang kan ..

TANDA-JODOHBuat masa ney aku belum ada lagi perancangan untuk masa depan , cuma apa yang aku lalui sekarang ney aku akan teruskan , biarlah waktu yang menentukan segalanya dan aku serahkan semuanya kepada yang Maha Esa , kalau tentang jodoh ? entahlah aku belum fikir lagi nak carik teman sehidup semati dengan perempuan , tapi mak aku cakap dia nak carikkan menantu yang baik-baik , kadang-kadang aku terfikir jugak sampai bila aku akan membujang trang tang-tang , nak jadi andartu ke ? entahlah .. tapi mampu ke aku nak jaga anak orang , sedeyyy ! kerjayaargh ..! lambat lagi nak fikir tentang tu semua , yang penting sekarang aku nak kejar career aku dulu , bila aku dah ada kerja yang boleh menjamin masa depan aku  , first aku nak tengok parents aku dapat melaksanakan rukun islam yang kelima iaitu (Menunaikan haji) , dalam masa yang sama aku pun teringin nak menjejakkan kaki ke rumah Allah swt yakni (Macca) , korang doakan moga-moga hasrat aku tercapai ya , insyallah ..

Kepada mereka-mereka diluar sana tu , yang pernah mengenali juga yang sedang mengenali diri ini , saya minta maaf sekiranya lisan dan perbuatan diri ini telah banyak mengguris hati semua pihak , bukan niat saya untuk berbuat sedemikian , tetapi kita sebagai manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan , maafkan saya ya , semoga Allah swt merahmati hidup saya dan anda semua , insyaallah ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s