Assalamualaikum..
Hai blogger , bersua lagi kita di laman blog , ikutkan memang dah lama tak update tentang Diari Hidupku , jadi hari ni aku nak update sikit tentang si dia yang selalu bermain dalam kotak fikiranku .. Si dia yang aku maksudkan ni adalah si capital A , Orang kata pengalaman mematangkan kita untuk berfikiran lebih jauh , selain mengajar kita untuk bangkit semula meneruskan kehidupan , tersedar dari lamunan mimpi yang kita cipta , tapi bagi aku semua tu dah tak bermakna lagi , bila semua perjalanan hidup aku tak seperti yang di rancang ..
…
“Wahai capital A , seandainya dirimu tahu apa yang tersirat dalam hati saya sekarang , awaklah orang pertama yang dapat meneka isi hati ini” , sejak aku minta untuk melepaskan dia dari hidup aku , aku ingat semuanya akan kembali seperti biasa , biasa yang aku maksudkan tu kehidupan aku secara “Normal” , tapi hakikatnya tidak sama sekali , kalau boleh masa tu diputarkan semula , aku memang tak nak dia pergi dari hidup aku .. Tapi masa tu aku cuma tak nak dia terus lena dengan dunia dia , aku nak dia fikir sedalamnya kenapa semua ni terjadi , tapi kesannya amat dalam pada aku , hakikatnya aku telah bermain dengan perasaan aku sendiri , tiap kali aku nak lari dari mengingati dia , tiap kali tu lah wajah dia sering menghantui diri aku , aku rindukan dia ..
Nak menyesal dengan benda yang dah berlaku pun , semuanya dah terlambat , nak salahkan dia pun mungkin aku pun ada silapnya .. Ya , memang aku pun manusia biasa , tak lari dari melakukan kesilapan , dan aku tak sepatutnya menghukum dirinya setelah apa yang dah terjadi dalam hubungan aku dulu , sepatutnya aku beri dia peluang kedua untuk dia berfikir semula , tapi masa tu fikiran aku agak sedih sebab aku tak mampu untuk membawa hubungan tu lebih jauh , atau mungkin layanan aku pada dia selama ni tak cukup untuk membuktikan kesetiaan dan pengorbanan yang telahku lakukan semua ni , tapi kenapa semua yang aku lakukan di pandang sebelah mata olehnya ? adakah masih lagi tak cukup apa yang telahku curahkan semuanya kasih sayangku pada dia ?..
…
Seriously aku rindukan dia , rindu yang teramat sangat , rindukan suara lembut dia , kerana teramat rindukan dia tadi aku cuba untuk telefon dia , ku capai phone untuk call dia , teragak agak juga aku nak call dia , takut dia tak nak angkat panggilan aku , jadi aku memberanikan diri untuk bercakap dengan dia , first dia angkat aku dah dengar nada dia lain sangat , macam baru melepaskan kemarahan , dengan nada yang lembut aku bertanyakan khabarnya , kadang2 aku takut nak bercakap dengan dia , takut dia marahkan aku secara tiba2 , perbualan tak lama sebab aku taknak hilangkan mood dia , walaupun aku dah hilang mood , sebab rindukan dia , aku cuba untuk kawal perasaanku , tapi ada satu ayat aku ni yang membuatkan hati dia reda untuk bercakap dengan nada yang lembut , yang aku rindukan dia sangat ..
Tak banyak yang dibualkan cuma aku harap dia bahagia dengan hidup dia sekarang , walaupun jauh disudut hati aku menangis sendirian kerana tak dapat menjaga dia semampu yang boleh , bagi aku .. aku percaya pada jodoh , pertemuan dan perpisahan tu bukan kita yang tentukan , tapi tuhan telah menetapkan semua tu dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku , aku sebagai manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan , hanya mampu untuk merancang , selebihnya aku serahkan semuanya pada yang Maha Esa ..
…
-Wahai capital A , walau apapun yang berlaku , dirimu tetap dalam ingatan dan kenangan silamku , aku lebih bahagia melihat dirimu bahagia bersama pilihan hatimu , ku doakan agar dirimu sentiasa di dalam lindungan ALLAH swt , semoga setiap apa yang dirimu lakukan itu adalah yang terbaik buatmu-
-Nahrafeira – 11:16 PM / 24.10.12-
Di dalam hidup kita , kita sering mengimpikan bahagia , perkataan bahagia ini bukan hanya untuk diluah oleh kita semua tetapi ia merupakan impian kita , ia jalan di dalam menuju keredaan Tuhan , bahagia itu tidak sekadar dicari tetapi ia harus dipelajari dan dihayati , bahagia yang sebenarnya sudah lama ada di dalam diri kita , kita harus mencari , mempelajari dan membawa ia ke dalam hidup kita , indahnya jika bahagia itu kita dapat rasa bersama dengan insan yang kita cinta , bahagiakanlah orang lain kelak nanti kita akan merasai kebahagiaan itu , namun andai kebahagiaan yang kita lakukan kepada orang lain itu tidak dihargai usahlah kita mengalah dan jangan sesekali kita resah kerana apa yang kita lakukan itu tinggi di mata Ilahi ..