Promosi Pakej Pertunangan 2013

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang ..
Dari satu pertautan , abadilah dua hati yang saling menyayangi ..
Salam dihulur pembuka bicara , sepenuh hormat dan sejambak harapan kami ..

 Awan Biru Bridal House

Sekapur sireh ..

 

Disini kami ingin mempromosikan satu pakej pertunangan yang ditawarkan bernilai RM700.00 dimana pada harga asalnya bernilai RM900.00 , pakej yang ditawarkan ini hanya kepada 10 pelanggan yang terawal sahaja , pakej ini terbuka kepada semua bakal milik tunangan ..

 

Antara pakej yang ditawarkan meliputi :

–          Pelamin mini

–          Satu set sepasang baju (P) dan

–          Solekan serta dandanan

 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian :

Encik Rezza : 017-8713522 atau

Encik Azim : 017-2847665 atau

Encik Farhan : 012-3636392

 

Beras kunyit kami taburi , Air mawar direnjis wangi , Undangan kami setulus hati , Harap sudi bertandang ke teratak kami ..

 

Terima Kasih dari kami dan Raja Sehari ..

2013 – New me !

Assalamualaikum WBT

penulisanSempena 2013 ney aku nak tukar sikit cara penulisan aku kat dalam blog ney , sekurang-kurangnya ada lah jugak perubahan dan gaya penulisan aku sebelum ney , bila baca balik post-post aku yang lepas-lepas banyak sangat kenangan silam yang aku sendiri boleh tergelak sorang-sorang , tersengeh dah macam kerang busuk da .. apapun kenangan silam yang menjatuhkan aku dulu sikit pun tak menjatuhkan semangat aku untuk terus bangkit mempertahankan cita-cita aku sebagai seorang penulis yang berjaya suatu hari nanti , tak dapat jadi penulis at least aku boleh jadi orang yang boleh membanggakan ibu dan ayah aku sendiri , kalau nak diikutkan cita-cita aku dulu nak jadi seorang jurutera architect yang berjaya , tapi jurusan ijazah yang aku amik ney tak memenuhi criteria sebagai architect , at least ada lah jugak sangkut pautnye . “Software Engineering” ? jurutera jugak kan ? haha ..

Hidup mesti diteruskanSebenarnya aku bukan nak cerita pasal kisah silam aku dulu , yang dah berlalu biarkan ia berlalu ,  bagi aku biarlah apa yang dah berlalu itu kita jadikan ia sebagai pengalaman hidup yang mematangkan kita , sekarang 2013 ney aku dah jadi seorang dewasa , tapi muka , alamak .. “ate macam budak-budak lagi da ..” sampai mak aku pun cakap , “anak mama ni comel .. ada rupa , tapi tu lah degil ..” aku ney memang degil sikit , hehe .. bilalah aku nak jadi matured macam korang kan ..

TANDA-JODOHBuat masa ney aku belum ada lagi perancangan untuk masa depan , cuma apa yang aku lalui sekarang ney aku akan teruskan , biarlah waktu yang menentukan segalanya dan aku serahkan semuanya kepada yang Maha Esa , kalau tentang jodoh ? entahlah aku belum fikir lagi nak carik teman sehidup semati dengan perempuan , tapi mak aku cakap dia nak carikkan menantu yang baik-baik , kadang-kadang aku terfikir jugak sampai bila aku akan membujang trang tang-tang , nak jadi andartu ke ? entahlah .. tapi mampu ke aku nak jaga anak orang , sedeyyy ! kerjayaargh ..! lambat lagi nak fikir tentang tu semua , yang penting sekarang aku nak kejar career aku dulu , bila aku dah ada kerja yang boleh menjamin masa depan aku  , first aku nak tengok parents aku dapat melaksanakan rukun islam yang kelima iaitu (Menunaikan haji) , dalam masa yang sama aku pun teringin nak menjejakkan kaki ke rumah Allah swt yakni (Macca) , korang doakan moga-moga hasrat aku tercapai ya , insyallah ..

Kepada mereka-mereka diluar sana tu , yang pernah mengenali juga yang sedang mengenali diri ini , saya minta maaf sekiranya lisan dan perbuatan diri ini telah banyak mengguris hati semua pihak , bukan niat saya untuk berbuat sedemikian , tetapi kita sebagai manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan , maafkan saya ya , semoga Allah swt merahmati hidup saya dan anda semua , insyaallah ..

Seandainya hari esok masih ada

Andai hari esok masih ada .. :'(
Ya Allah .. Mengapa hatiku merasa takut bercampur curiga disaat dan ketika ini , tapi adakah benar orang cakap , bukan senang kita nak merasa cemburu pada seseorang tu , betul ke cemburu tu tanda sayang ? tapi sekarang ney yang ada dalam hati dan perasaan aku adalah ketakutan semata , takut bukan sebab apa , mungkin aku takut akan kehilangan seseorang yang aku sayangi , tentang masa depan serta hala tujuku nanti , buat masa ney biarlah masa yang menentukan segalanya arah hidup dan masa depanku , tentang jodoh aku serahkan semuanya pada yang maha esa , aku harap hari esok membawa seribu erti dalam hidupku ..

Kadang kala merasa sakit kerana merindukan seseorang , tapi rindu itulah yang memaksaku untuk menyayangimu setulus hati , wahai diri .. niatku bukan untuk melukakan hati mana-mana pihak , tapi lahirnya ia dari hati nan suciku , seandainya dia jodohku , kau dekatkanlah ia kepadaku , andai hari esok masih ada , lapangkanlah dadaku dengan sisa-sisa kebahagiaan buatku ..

-SCRS- FW/R

Si ayah yang kemiskinan harta

Image

Diatas permintaan seseorang , kisah ni aku terbitkan berdasarkan sambungan kisah yang lalu iaitu cerita “Si Ayah …” hope enjoy ..

Pada suatu hari , seorang bapa dari sebuah keluarga yang agak kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin ..
Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin ..

Di dalam perjalanan pulang ,
Si ayah bertanya kepada anaknya , “Macam mana percutian kita kali ni ?”

Si anak menjawab , “Sangat menarik dan hebat , ayah ,”

“Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta ?”

“Ya ..”

Bertanya lagi si ayah ,

“Jadi , apa yang kamu dapat kali ni ?”

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang ..

“Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung ..

Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam ..

Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit ..

Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang ..

Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka ditawarkan untuk memberi pertolongan , bukan meminta ..

Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka ..

Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka ..”

Si ayah lalu terdiam mendengar jawapan anaknya yang masih berumur 7 tahun itu ..
Si anak tersebut kemudiannya berkata kepada si ayah ,

“Terima kasih , ayah .. kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kehidupan kita .. XD

Golongan Orang Munafiq !

lidahTak semua yang kita impikan itu indah dipandang mata dan tak semua yang kita miliki itu kan kekal selamanya , setiap manusia yang diciptakan Allah swt tidak semestinya memiliki sifat keperibadian yang tinggi seperti rasullullah saw , jarang sekali kita dengarkan ? hanya segelintir sahaja yang mempunyai akhlak yang benar benar elok seperti alim ulama’ dan seangkatan dengannya , kita ini sebagai manusia biasa yang hina lagi rendah disisi Allah swt perlu bermuhasabah diri serta beruasaha untuk memperbaiki diri , kali ni aku nak cerita sikit tentang keperibadian yang ada didalam diri seorang manusia ..

Munafik !Dalam hal ini kita sering ketahui , setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara , memang kita tidak nafikan bahawa setiap orang berhak untuk menyuarakan pendapat masing masing , tapi kita kena ingat , adakah pendapat kita itu betul mahupun tidak , bukan hanya pandai bersuara tapi isinya kosong , macam habuk ataupun tin kosong , justeru itu mungkin pendapat yang dikeluarkan itu tidak ada sedikit pun yang mendatangkan faedah dan amal , jadi orang sebegini kita tidak perlu menghukum seseorang itu , cuma apa yang perlu kita lakukan adalah memberi beliau sedikit nasihat daripada orang yang bijak pandai ..

Bahaya Munafik !Wahai pembaca yang budiman lagi mulia disisi Allah swt , di zaman rasulullah saw ketika baginda masih hidup ada dua golongan musuh Islam yaitu orang kafir dan orang munafiq , di antara kedua golongan ini iaitu golongan orang munafiq , golongan munafiq ini adalah yang paling merbahaya bagi ummat Islam , contohnya mereka mengaku Islam namun pada hakikatnya menghancurkan Islam dari dalam . Hal ini sentiasa terjadi di sepanjang zaman , begitu juga di zaman kita sekarang ini bahkan di negeri yang kita tinggal sekarang . Allah swt memerintahkan kepada Nabi dan orang orang yang beriman supaya berjihad melawan orang orang kafir dan munafiq . Allah swt juga berfirman , “Wahai Nabi berjihadlah (melawan) orang orang kafir dan orang orang munafiq dan bersikap keraslah pada mereka  kerana tempat mereka ialah neraka Jahannam . Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya” (At Taubah: 73)

Penyakit Hasad Dengkigolongan pendengkiBerbalik kepada tajuk yang ingin aku sampaikan disini ialah tentang musuh dalam selimut . Musuh dalam selimut ini boleh dikatakan diantara golongan orang munafiq , korang semua penah dengarkan tentang “musuh dalam selimut” , jadi aku nak berilah sedikit ringkasan tentang definisi musuh dalam selimut , dalam erti kata lain iaitu Camouflage atau dalam bahasa melayunya penyamaran , terjadinya hal sebegini di sebabkan perasaan hasad dengki yang melampau , ataupun sifat cemburu yang ada didalam hatinya , aku rasa semua orang mungkin ada musuh masing masing , tak kira apa jua pangkatnya , didikan agamanya , serta keperibadiannya , senang untuk aku menyatakan disini bahawa , kebanyakkan musuh yang selalu ada adalah teman rapat kita sendiri , sebagai contoh mungkin juga kawan rapat kita , orang yang kita percayai , orang yang kita sayangi , atau mungkin juga diantara keluarga kita sendiri , suka untuk aku tekankan disini , kadang kala manusia ni berlagak baik dihadapan kita , tetapi hakikatnya hatinya lebih “busuk” dari bangkai binatang , ibarat ada agenda disebalik kebaikannya ..

Bagi aku tak perlulah adanya sifat sifat sedemikian yang telah aku nyatakan sebentar tadi , tak bawa kemana pun , dunia ini hanya pinjaman , yang kekal lagi abadi itulah yang patut dikejar . Jadi kesimpulannya disini adakah kita ingin tergolong didalam golongan munafik sebegini ? Nauzubillah .. minta dijauhkan dari segala keburukkan .

Wallahualam

-SCRS-

2nd meet and sweet !

Angkat bakul masing2 dan boleh berambus !Hey guys , see again from last previous stories about 1st meet and great , so hari ni aku nak update “2nd meet and sweet” pulak , tahu sebab apa 2nd meet and sweet , co’z last 3 days ago adalah hari yang penuh dengan makna dalam diari hidup aku bersama si dia iaitu si Capital R , sebab hari tu adalah kali kedua aku jumpa dengan soulmate aku , tapi kali ni lagi sweet sangat sebab cerita dia agak berbeza dengan cerita yang sebelum ni aku update , hope you guys enjoy baca blog aku ni , tapi sebelum korang baca kisah selanjutnya , awal awal aku cakap , if tak suka tentang tajuk cerita ni , korang boleh angkat bakul and blah .. tu ja aku cakap , seriously ..

Laju betul jam ni berlariKisah ni sambungan dari kisah yang lalu , tapi kali ni aku suka untuk bercerita tentang si dia yang aku sayangi serta rindu , so last week plan untuk jumpa , aku pun tak tahu kenapa aku terlalu rindukan si dia lepas 1st jumpa haritu , aku rasa tak puas sangat jumpa dia time tu dengan keadaan terkejar kejar time tu and masa berlalu begitu cepat sampai nak tercabut jarum jam dinding sebab dok pusing kaw kaw .. It’s just a metaphor ja okay ..

Hotel Goldcourse Resort KlangSo plan nak jumpa malam tu pukul 8.00pm at Klang , tapi kali ni aku yang sampai lambat sebab keadaan jalan yang jammed sangat time tu , sebab tu aku tak suka pergi Klang kalau nak hangout dengan kawan kawan pun I rather be in Afghanistan , nak carik parking pun susah , haha .. tapi tak apa , sebab sayang punya pasal , aku sanggup buat apa saja untuk berjumpa dengan dia , terpusing pusing juga aku time tu nak cari dia , lastly aku call dia at mana , so dia tunggu aku at depan Gold Coast Klang Hotel , sampai je aku at sana dia dah berdiri at tepi jalan , time tu aku macam tak berapa cam sangat yang itu adalah dia , nampak berbeza sangat masa aku mula mula jumpa dia hari tu , sebab rambut dia dah pendek , ingatkan aku dah hilang kewarasan akal , so aku call dia minta kepastian , 1st dia angkat call , ouh ! betullah itu orang yang aku rindukan selama ni , haha ..

Pantai Remis MapsPantai Remis SignboardRaut wajahnya semakin menawan hati aku time tu , wajah yang aku rindukan selama ini terluah bila aku dapat ciuman dari dia , malam tu aku memang tak plan nak pergi mana , so dia decide nak bawa aku pergi Pantai Remis at Kuala Selangor , malam tu aku follow dia sampai rumah parents dia sebab nak tinggalkan kereta at sana , so aku naik skali dengan dia , dalam perjalanan tu sempat aku bertanyakan khabar tentang dia , tiba tiba aku teringat yang aku ada belikan bracelet couple haritu , sempat aku sarungkan at tangan dia , sesuai sangat dengan color yang aku pilih , aku pakai yang color purple and dia pakai color biru , lepas ni , takda sesiapa yang boleh ganggu dia tika dia bersama dengan aku , sound silly right ? yang penting dia sayangkan aku seikhlas hati dan aku pun sayangkan dia sangat ..

Pantai Remis Viewkerang bakarSesampai je at Pantai Remis tu , kami cari parking , yang aku pelik sangat tu , tempat parking tak ramai orang , tapi at kedai makan semua yang ada at situ penuh dengan manusia yang sedang melantak dengan lahapnya , tak tahulah dari mana datangnya mereka , kata si dia mereka ni ada yang datang dari KL semata mata nak makan at situ , mungkin ada yang berjalan kaki , mungkin juga ada yang berbasikal bersama dengan pasangan masing masing , atau mungkin juga mereka turun dari langit ketujuh ! geram sangat aku time tu sebab tak ada privasi langsung nak makan at situ , tapi aku diamkan je , ikut je dia sebab dia nak makan at situ , disebabkan tempat tu terkenal dengan masakan kerang bakarnya , so malam tu dia order kerang bakar , harga kerang bakar at situ sepinggan atau mungkin sekilo RM8.00 , boleh tahanlah sedapnya , so aku rasa berbaloi juga makan at situ dengan suasana tepi pantai yang agak sepoi sepoi bahasa ..

Pantai RemisLepas makan dia ajak jalan jalan at tepi pantai , malam tu air laut tengah surut , so tak boleh nak jejak kaki di gigi pantai , aku rasa tenang and sejuk sangat malam tu bersiar siar ditepi pantai bersama si dia , dinginnya angin bertemankan cahaya bulan menerangi malam , bintang mengelip , ku pandang raut wajah si dia disinari samar cahaya bulan semakin menawan hatiku , aku jadi tak keruan , sebab nafsu aku datang secara tiba tiba , nak je aku terkam dia time tu , aku sabarkan lagi denyutan nadi yang semakin kencang , tiba tiba … (Kisah terhenti sebab ada adegan 18sx) haha ..

Suasana pantai dikala malamLama juga kitorang berada di Pantai Remis , sebab banyak luangkan masa bersiar siar , sambil bergurau senda , tapi jauh disudut hatiku , aku rasa sayu sangat kenangan bersama si dia disitu berakhir sebab dah lewat sangat untuk berada di tepi pantai pada waktu 2 3 pagi , dengan berat hatinya aku melangkah pulang . Dalam perjalanan pulang ke rumah si dia aku banyak bertanyakan tentang soal hati padanya , jawapan yang aku terima semuanya positive , banyak yang aku suka tentang cara dan keperibadiannya , adakah dia jodoh yang telah ditetapkan untuk aku ? aku harap sangat hubungan aku dengan dia kekal hingga ke akhirnya , dia juga pernah cakap seandainya dia telah berkahwin dengan seseorang selainku , dia tidak akan pernah meninggalkanku , tapi adakah aku ni terlaku pentingkan diri ? atau mungkin aku tetap dengan pendirian untuk bersama dengannya walaupun perkahwinan si dia memisahkan antara aku dan dia ? T_T

Miss u hubbyLove u so much !Jam ketika itu dah menjangkau 2 pagi , baru aku sampai rumah parents dia , sebab kereta aku pun parking at sana , tiba tiba dia ajak lepak sekejap dirumahnya , tanpa berfikir panjang aku pun mengikut langkahnya , lagi pun aku masih tak puas lagi spent masa dengan dia . Esok hujung minggu , dia pun kerja setengah hari , jadi apa salahnya aku bertandang kerumahnya cuma hanya seketika , selama ni yang aku bayangkan tak sama dengan reality hidup yang dia lalui , jejak saja kaki aku dirumahnya tiba tiba fikiranku mengimbau kembali kenangan lalu tentang kehidupan yang aku lalui suatu tika dulu dibesarkan cuma hanya sebatang kara dengan ayahku berpendapatan RM400 sebulan dengan mak yang tidak bekerja membesarkan lagi adik beradikku yang masih kecil seramai tiga orang masa tu , tetapi berkat doa ibu , adik beradikku sudah pun berada di alam university , ayah pun telah di naikkan pangkat . Alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan apa yang aku miliki sekarang , walaupun keluarga aku tak senang tapi cukuplah memenuhi keperluan . Masih segar lagi dalam ingatanku tentang nasihat yang ibu berikan pada aku selama ni “Apabila kita senang , jangan sesekali kita lupa untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan”. -Sebak seketika- Lepas luangkan masa bersama dirumahnya , aku terpaksa beransur pulang kerana dapat panggilan telefon dari ibu yang risaukan anaknya , so jam tiga pagi aku gerak pulang dari rumahnya ..

Tak banyak yang aku nak ceritakan secara mendalam tentang perjumpaan kali ni , sebab banyak adegan yang tak perlu aku ceritakan dalam entry kali ni , siapa yang faham tahulah apa yang aku maksudkan ,  so minggu ni plan nak pergi “honey moon” pulak , tak tahulah jadi ataupun tak , harap harap jadilah , teringin nak mandi air terjun with my *****! hehe ..

-SCRS- Capital R/F -15 December 2012-

Hati dan perasaan

Aku dan HatiHey everyone ! hari ni nak update apa ek ? Kay la terlanjur aku dah buka blog ni aku nak cerita sikit la tentang “Hati dan Peasaan” .. So far semua orang ada hati kan , kalau takda hati masakan tidak korang boleh baca blog aku sekarang ni , haha.. betul tak ? Yelah maksud aku semua orang punyai hati dan perasaan termasuk perasaan gembira , sedih , terharu , takut etc .. kalau tak macam mana kita nak merasai dan menikmati kehidupan yang serba serbi indah yang diciptakan oleh Allah swt , cuma kadang kadang tu ada masanya kita kerada diatas , ada juga kadang kala kita berada dibawah betul tak , kita ni bukan sesempurna rasullullah saw , kerana baginda juga punyai hati dan perasaan , cuma baginda tidak mahu menunjukkan perasaan sedih beliau kepada sahabat rapat baginda kerana beliau tidak mahu sahabatnya berduka , justeru itu kita sebagai umat nabi Muhammad saw sentiasa menjadikan beliau sebagai contoh buat diri agar suatu hari nanti kita mendapat syafaatnya disana nanti , Insyallah ..

Hati terlukaDalam entri kali ni aku nak cerita sikit pasal perasaan yang selalu bermain dalam diri kita iaitu perasaan sayang , sebagai manusia kita tak boleh untuk memaksa hati dan perasaan kita untuk menyukai dan membenci sesuatu yang kita tidak menyukainya , kalau ditanya pun , korang mesti tak suka untuk dipaksa betul ?  malah korang lebih suka untuk merelakan hati korang untuk membuat sesuatu yang korang mahukan , okay .. yang itu memang tidak ada sesiapa yang boleh menghalang apa yang korang mahukan , sebab aku pun macam tu jugak tidak suka untuk diarah atau disuruh , sebab bagi aku buat apa kita nak buat sesuatu kalau hati kita tidak ikhlas melakukannya , lebih baik lakukan sesuatu tu dengan kerelaan hati , hati pun puas , dapat pahala lagi disisi Allah swt , so tiada paksaan dalam soal hati ..

Luahan hatiKalau nak ceritakan issue soal hati dan perasaan ni memang tak habis , so kita berbalik kepada kupasan yang aku cakapkan tadi , hati dan perasaan tidak boleh dipaksa , kalau kita sukakan seseorang tu , kita luahkan je perasaan suka kita itu pada dia , takut bila kita simpan nanti jadi makan hati pulak kan , yelah sebab melepas at tangan orang lain , tapi andai kata suka kita itu tidak dibalas oleh orang yang kita sukakan tu , jangan bersedih dan jangan sesekali kita memaksa dia untuk menyukai anda , kerana setiap orang itu berbeza pandangan , hati dan perasaan , yang penting kita dah luahkan dan dia tahu isi hati kita pada dia , sama ada hargai ataupun tidak itu soal ke dua ..

Pesan hatiSetiap kejadian manusia yang tuhan jadikan itu berpasang pasangan , jangan kita takut sebab kita ditolak cinta oleh seseorang , maksud aku cinta tidak berbalas la , kerana jodoh itu pasti ada , Cuma lambat ataupun cepat itu tidak menjadi masalah , setiap manusia punyai jodoh , cuma kita perlu sedikit usaha untuk mencarinya , bukannya meletakkan 100% pada takdir Allah swt , ni mengikut pengalaman aku la , tak salah kalau kita memilih , tapi jangan sampai orang pun meluat tengok perangai anda , citer dia memang tak adalah siapa yang nak , bagi aku kalau korang percaya pada jodoh korang , Insyaallah tuhan akan tolong kita permudahkan jodoh dengan orang yang kita sayang dan Allah swt itu maha adil kerana setiap manusia dipasangkan dengan pasangan yang baik , bagi aku semua orang mahukan yang terbaik untuk mendapatkan pasangan , kerana tuhan telah menjanjikan bagi mereka yang memerlukan pasangan yakni lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik , manakala lelaki yang jahat maksud aku yang buruk perangai la , adalah untuk wanita yang buruk perangai macam dia jugak , begitu juga dengan perempuan okay , hehe ..

SolatDengan harapan aku agar korang semua akan mendapat jodoh yang baik baik , untuk mendapatkan jodoh yang baik , perbanyakkanlah berdoa dalam setiap solat lagi lagi solat sunat istigharah , mintalah apa yang anda mahukan dalam hidup , semoga Allah sentiasa membantu hambanya dalam mencari jodoh , insyaallah ..

-Salam sayang dari saya untuk anda semua – ^^,

1st meet and great !

Holla ! hey guys , harini aku nak update sikit pasal my 1st meet and great ! haha , mesti korang tertanye-tanye kan kenapa “1st meet and great”.. Actually benda ni mesti pernah berlaku dalam hidup korang , maksud aku korang jumpa “someone” yang maybe korang rasa special dengan someone tu , then something happened yang korang tak jangkakan , bila dah berlaku saat-saat tu , Oh my god ..! So sweet .. hati korang mesti berbunga-bunga , tak pun mesti ada perasaan terharu yang teramat sangat . So untuk tidak memanjangkan cerita , aku nak cerita sikit benda ni yang berlaku pada aku dua hari lepas , nak update cerita ni haritu but takda masa nak buka blog lately ni sebab busy sangat dengan project final ..

blackberry messengerPerkenalan kami sebagai kawan tak lama agak dalam sebulan lepas sebelum sesuatu yang menarik berlaku pada aku dua hari lepas , it’s not something big to tell , but this is my sweet memory that happened in my life and I want to share with you guys , so aku kenalkan dia sebagai Capital R (Bukan Nama Sebenar) , so aku kenal dia dalam bulan lepas , perkenalan kami hanya melalui teknologi terkini , maksud aku telefon la , aku kenal dia pun masa chat at BBM , so aku nampak sangat dia ni jujur orangnya , baik budi pekerti , caring , sometimes ada la sikit gaya romantic nya , aku suke kalau orang yang romantic ni , sebab bila kita tengok dari mata dia kalau dia betul betul ikhlas , kita akan rase lain sangat , tu apa yang aku rasa la , korang ? tak tahulah .. So plan untuk jumpa , dia kata dia dah rindu sangat kat aku , nak di jadikan cerita malam dua hari lepas aku jumpalah dia dekat Petron berdekatan dengan AEON Bukit Raja , tempat tu bakal menjadi sejarah CINTA pandang pertama dalam diari hidup aku ..Petron Bukit Raja

Aeon JuscoMalam tu aku sampai awal , nak kata awal sangat tak jugak , sebab plan jam 8.30pm , aku sampai jam 8.25pm kalau tak silap , tapi dia lambat sebab jalan kat Bukit Raja jammed sangat , tu memang aku akui jalan dekat situ sememangnya jammed tiap-tiap hari . Penantian yang ditunggu akhirnya dia sampai , argh ..! perasaan nerves aku datang tiba tiba , aduhai ! mungkin sebab dah lama aku tak jumpa orang , so dia datang dengan Kancil comel dia , huhu . Betul-betul berhenti sebelah Alza aku , muka aku time tu hanya tuhan je yang tahu , bertapa takutnya time tu , bukan takut apa tapi sebab segan menguasai diri , huhu . Then aku mintak dia parking kereta dia , lama jugak la kami dalam kereta , sebab masing masing tak nak keluar dari kereta until aku call dia , sempat jugak aku berjenaka “Dah tak reti reti nak keluar kereta ke?” dia hanya mampu tergelak je , so aku mintak dia keluar dulu , dia keluar ja , aku pun keluar , muka aku time tu blushing giler , sempat jugak aku salam cium tangan bagai , hormat la katakan , haha .. at least kurang sikit kerinduan padanya lepas dapat pelukkan dari dia ..

Tanjung HarapanSo plan seterusnya nak pergi makan dekat Tanjung Harapan , so dia ajak aku naik kereta dia , aku cuma tunjuk jalan sebab dia tak tahu jalan , sebelum tu aku mintak dia pergi ATM nak cucuk duit dulu , then baru kitorang gerak , dalam perjalanan tu tak banyak dibualkan , tengok dia macam senyap je jadi aku start lah bukak mulut , kalau tak maybe sampai sudah senyap je , mungkin dia nerves kot , tapi muka dia tenang je time tu , perbualan sekadar bertanya khabar and issue semasa , yang bestnya mungkin dia nampak aku berhayal , sebab aku memang suka hayal , then dia tarik tangan aku yang kesejukkan time tu , musim hujan kan , tibe tiba macam ada letrik lalu at tangan aku time tu , hangat sangat genggaman tangan dia , sweet sangat bila dia cium tangan , sayang giler at dia ..

Medan Muara Ikan Bakar Tanjung HarapanSesampai je dekat Tanjung Harapan tu terus cari parking , tapi ramai pulak orang malam minggu tu , so kitorang cari tempat yang privacy sikit , view yang betul-betul dekat dengan pantai , suasana malam tu pun agak tenang diiringi gelak tawa kanak-kanak yang bermain di sekitar tu , kebetulan ada pulak tempat kosong time tu , then kitorang ambil order , malam tu aku tak rasa nak makan , so aku order  jelah air , tapi dia berkeras mintak untuk aku order something , so aku order makan untuk seorang sebab aku nak share , hehe .. Dalam hati aku sebenarnya nak suruh dia suapkan , hikhik .. akhirnya dia suapkan jugak , hehe .. time dia makan sempat aku tenung lama mata dia , mata dia sepet macam cina sikit , kening halus dan nipis , tiba tiba sayu sangat aku rasa time tu , terharu berbaur kesian pun ada , yelah .. esok dia nak kerja pagi , aku pulak susahkan dia ajak jumpa , tapi dia selalu cakap “untuk awak saya sanggup buat apa saja” , bergenang jugak air mata aku ni kang , adeyh .. terharu kowt , aku nampak sangat hati dia ikhlas , caring , sayang sangat at dia , time makan tu borak sampi ta sedar jam dah dekat tengah malam , lepas makan kitorang plan nak jenjalan , aku rasa malam tu masa berlalu begitu cepat sangat , tak tahu kenapa ..Suasana di Tanjung Harapan

Pelabuhan Tanjung HarapanSaat yang di tunggu akhirnya , ni yang aku cakap 1st meet and great , lepas makan kitorang bersiar siar at tepi pantai , malam tu angin agak sepoi sepoi bahasa , desiran angin menaikkan lagi kasih sayang aku secara tiba tiba , ombak yang menghempas pantai menghempas lagi cintaku terhadap dia , haha ! sambil berjalan tu aku sempat berjenaka and bertanyakan tentang kehidupan dia , time tu banyak benda yang aku tak tahu latar belakang dia sebenarnya , tapi kitorang share everything malam tu , sempat juga aku berseloroh tentang janji yang dia buat sebelum ni , so dia minta cari tempat yang agak privacy sikit , malam yang dingin bertemankan bulan dan bintang menjadi saksi pertemuan aku dan dia , teramat indah yang pernah berlaku dalam hidup aku , dia declare untuk couple , ayat dia time tu jiwang giler kowt , macam citer drama melayu at dalam TV tu , huhu .. terkelu lidah membeku , tak terkata aku time tu , tapi hati aku tiba tiba sayu sangat sebab terharu dengan kata-kata yang dia lafazkan , tak sangka dia terima aku seadanya dan aku ternantikan selama ni , akhirnya berbaloi , aku sayangkan dia sangat sangat , aku harap dia boleh jadi peneman hidup aku sekarang , malam tu kitorang berjanji untuk share everything dalam hidup ..

Hugging from behindSetiap yang aku lalui bersama dia akan ku simpan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidupku , malam tu aku tercari cari dimana bintang , maklumlah malam tu baru lepas hujan renyai , suasana pun gelap , aku melemparkan pandangan ke langit untuk melihat bintang , tercari cari juga pada bulan , akhirnya nampak jugak , tiba-tiba aku terkaku seketika sebab dia peluk dari belakang , sambil mencium pipiku , terlena aku sekejap at bahu dia , apa yang dia bualkan pun aku tak dengar , sebab terlalu seronok masa tu , terasa hangat berada dalam dakapannya ..Night at the beach

Masa berlalu begitu pantas , tahu-tahu dah dekat jam 2 pagi , ingat lepas lepak tepi pantai nak pergi Tasek Shah Alam pulak , aku ingat at sana ada tempat paling best then kitorang pergi ja malam tu , tapi tempat tu macam tengah buat renovation , so aku cakap at dia , kita balik je lah , lagi pun aku tak nak dia mengantuk sebab esok dia nak masuk kerja pagi , aku tengok muka dia pun macam penat sangat , kesian at dia ja , sok kalau tertido at office , takut manager dia cakap apa pulak , then kitorang terus balik , dalam perjalanan pulang tu ta lekang aku menggenggam tangannya , dia hantar sampai tempat yang mula-mula kitorang berjumpa sebab kereta aku parking at sana , sesampai ja at situ aku senyap ja sebab menahan air mata , sedih sebab bila lagi boleh berjumpa , akhirnya dia peluk aku sambil berbisik “I Love You So Much” , aku rasa lega sikit , masih terngiang ngiang bisikkan tu sampai sekarang , aku bahagia sangat sebab dapat kenal orang macam dia , rendah diri , aku suka bila dia senyum , nampak manis , banyak yang aku suka tentang diri dia , time tu hanya tuhan ja yang lebih tahu tentang hati aku , yang aku sayangkan dia sangat sangat T_T.. Sampai je dalam kereta , aku masih tak puas lagi jumpa dia , so aku call dia , suruh dia jaga diri at sana and drive elok elok , masa dalam perjalanan pulang tu aku tak dapat nak focus kan fikiran aku at atas jalan , masih terbayang-bayang lagi wajah manis dan tenang dia sebentar tadi ..Ku genggam erat tanganmu

Ada satu lagi ayat dia yang selalu bermain dalam benak fikiran aku tentang apa yang sering dia perkatakan “biarlah orang nak cakap apa sekalipun , yang penting saya dah ada awak dan kita bahagia sampai bila bila” , aku harap apa yang dia katakan tu menjadi kenyataan dalam hidup aku .. “awak saya bahagia sangat bila berada disamping awak , saya harap hubungan kita kan kekal hingga ke akhirnya , kalau boleh saya nak bahagiakan awak dan buat awak rasa bangga sebab memiliki saya , doakan untuk hubungan kita kekal sampai bila bila ye awak , saya akan sentiasa menyanyangi , merindui dan mencintai awak seikhlas hati saya ..” Muahx !

-Capital R / 4 December 2012-

SCRS

New bracelet.. XOXO

Bracelet 1

Bracelet 1 : RM15 per each !

Bracelet 2

Bracelet 2 : Cantik tak ? cadang nak bagi at someone ^^,

Tadi sempat jugak la aku singgah Terminal One , cadangnye nak pergi toilet je , tapi ternampak pulak ada brader ni jual benda ni , nampak macam cantik , try pakai pun nampak cute sangat , terfikir jugak “Ni kalau buat bracelet couple pun okay jugak” , so tanye brader tu harga dia , harga asal RM18 , try mintak kurang tak boleh , so beli la dua dia kata boleh dapat kurang , total RM30 , yang aku beli ni colour purple and blue , haha.. Okay la kowt , cadang nak bagi satu at someone special , haha..