Si ayah yang kemiskinan harta

Image

Diatas permintaan seseorang , kisah ni aku terbitkan berdasarkan sambungan kisah yang lalu iaitu cerita “Si Ayah …” hope enjoy ..

Pada suatu hari , seorang bapa dari sebuah keluarga yang agak kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin ..
Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin ..

Di dalam perjalanan pulang ,
Si ayah bertanya kepada anaknya , “Macam mana percutian kita kali ni ?”

Si anak menjawab , “Sangat menarik dan hebat , ayah ,”

“Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta ?”

“Ya ..”

Bertanya lagi si ayah ,

“Jadi , apa yang kamu dapat kali ni ?”

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang ..

“Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung ..

Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam ..

Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit ..

Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang ..

Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka ditawarkan untuk memberi pertolongan , bukan meminta ..

Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka ..

Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka ..”

Si ayah lalu terdiam mendengar jawapan anaknya yang masih berumur 7 tahun itu ..
Si anak tersebut kemudiannya berkata kepada si ayah ,

“Terima kasih , ayah .. kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kehidupan kita .. XD

Leave a comment