Golongan Orang Munafiq !

lidahTak semua yang kita impikan itu indah dipandang mata dan tak semua yang kita miliki itu kan kekal selamanya , setiap manusia yang diciptakan Allah swt tidak semestinya memiliki sifat keperibadian yang tinggi seperti rasullullah saw , jarang sekali kita dengarkan ? hanya segelintir sahaja yang mempunyai akhlak yang benar benar elok seperti alim ulama’ dan seangkatan dengannya , kita ini sebagai manusia biasa yang hina lagi rendah disisi Allah swt perlu bermuhasabah diri serta beruasaha untuk memperbaiki diri , kali ni aku nak cerita sikit tentang keperibadian yang ada didalam diri seorang manusia ..

Munafik !Dalam hal ini kita sering ketahui , setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara , memang kita tidak nafikan bahawa setiap orang berhak untuk menyuarakan pendapat masing masing , tapi kita kena ingat , adakah pendapat kita itu betul mahupun tidak , bukan hanya pandai bersuara tapi isinya kosong , macam habuk ataupun tin kosong , justeru itu mungkin pendapat yang dikeluarkan itu tidak ada sedikit pun yang mendatangkan faedah dan amal , jadi orang sebegini kita tidak perlu menghukum seseorang itu , cuma apa yang perlu kita lakukan adalah memberi beliau sedikit nasihat daripada orang yang bijak pandai ..

Bahaya Munafik !Wahai pembaca yang budiman lagi mulia disisi Allah swt , di zaman rasulullah saw ketika baginda masih hidup ada dua golongan musuh Islam yaitu orang kafir dan orang munafiq , di antara kedua golongan ini iaitu golongan orang munafiq , golongan munafiq ini adalah yang paling merbahaya bagi ummat Islam , contohnya mereka mengaku Islam namun pada hakikatnya menghancurkan Islam dari dalam . Hal ini sentiasa terjadi di sepanjang zaman , begitu juga di zaman kita sekarang ini bahkan di negeri yang kita tinggal sekarang . Allah swt memerintahkan kepada Nabi dan orang orang yang beriman supaya berjihad melawan orang orang kafir dan munafiq . Allah swt juga berfirman , “Wahai Nabi berjihadlah (melawan) orang orang kafir dan orang orang munafiq dan bersikap keraslah pada mereka  kerana tempat mereka ialah neraka Jahannam . Dan itulah tempat kembali yang seburuk-buruknya” (At Taubah: 73)

Penyakit Hasad Dengkigolongan pendengkiBerbalik kepada tajuk yang ingin aku sampaikan disini ialah tentang musuh dalam selimut . Musuh dalam selimut ini boleh dikatakan diantara golongan orang munafiq , korang semua penah dengarkan tentang “musuh dalam selimut” , jadi aku nak berilah sedikit ringkasan tentang definisi musuh dalam selimut , dalam erti kata lain iaitu Camouflage atau dalam bahasa melayunya penyamaran , terjadinya hal sebegini di sebabkan perasaan hasad dengki yang melampau , ataupun sifat cemburu yang ada didalam hatinya , aku rasa semua orang mungkin ada musuh masing masing , tak kira apa jua pangkatnya , didikan agamanya , serta keperibadiannya , senang untuk aku menyatakan disini bahawa , kebanyakkan musuh yang selalu ada adalah teman rapat kita sendiri , sebagai contoh mungkin juga kawan rapat kita , orang yang kita percayai , orang yang kita sayangi , atau mungkin juga diantara keluarga kita sendiri , suka untuk aku tekankan disini , kadang kala manusia ni berlagak baik dihadapan kita , tetapi hakikatnya hatinya lebih “busuk” dari bangkai binatang , ibarat ada agenda disebalik kebaikannya ..

Bagi aku tak perlulah adanya sifat sifat sedemikian yang telah aku nyatakan sebentar tadi , tak bawa kemana pun , dunia ini hanya pinjaman , yang kekal lagi abadi itulah yang patut dikejar . Jadi kesimpulannya disini adakah kita ingin tergolong didalam golongan munafik sebegini ? Nauzubillah .. minta dijauhkan dari segala keburukkan .

Wallahualam

-SCRS-

Leave a comment