Hati dan perasaan

Aku dan HatiHey everyone ! hari ni nak update apa ek ? Kay la terlanjur aku dah buka blog ni aku nak cerita sikit la tentang “Hati dan Peasaan” .. So far semua orang ada hati kan , kalau takda hati masakan tidak korang boleh baca blog aku sekarang ni , haha.. betul tak ? Yelah maksud aku semua orang punyai hati dan perasaan termasuk perasaan gembira , sedih , terharu , takut etc .. kalau tak macam mana kita nak merasai dan menikmati kehidupan yang serba serbi indah yang diciptakan oleh Allah swt , cuma kadang kadang tu ada masanya kita kerada diatas , ada juga kadang kala kita berada dibawah betul tak , kita ni bukan sesempurna rasullullah saw , kerana baginda juga punyai hati dan perasaan , cuma baginda tidak mahu menunjukkan perasaan sedih beliau kepada sahabat rapat baginda kerana beliau tidak mahu sahabatnya berduka , justeru itu kita sebagai umat nabi Muhammad saw sentiasa menjadikan beliau sebagai contoh buat diri agar suatu hari nanti kita mendapat syafaatnya disana nanti , Insyallah ..

Hati terlukaDalam entri kali ni aku nak cerita sikit pasal perasaan yang selalu bermain dalam diri kita iaitu perasaan sayang , sebagai manusia kita tak boleh untuk memaksa hati dan perasaan kita untuk menyukai dan membenci sesuatu yang kita tidak menyukainya , kalau ditanya pun , korang mesti tak suka untuk dipaksa betul ?  malah korang lebih suka untuk merelakan hati korang untuk membuat sesuatu yang korang mahukan , okay .. yang itu memang tidak ada sesiapa yang boleh menghalang apa yang korang mahukan , sebab aku pun macam tu jugak tidak suka untuk diarah atau disuruh , sebab bagi aku buat apa kita nak buat sesuatu kalau hati kita tidak ikhlas melakukannya , lebih baik lakukan sesuatu tu dengan kerelaan hati , hati pun puas , dapat pahala lagi disisi Allah swt , so tiada paksaan dalam soal hati ..

Luahan hatiKalau nak ceritakan issue soal hati dan perasaan ni memang tak habis , so kita berbalik kepada kupasan yang aku cakapkan tadi , hati dan perasaan tidak boleh dipaksa , kalau kita sukakan seseorang tu , kita luahkan je perasaan suka kita itu pada dia , takut bila kita simpan nanti jadi makan hati pulak kan , yelah sebab melepas at tangan orang lain , tapi andai kata suka kita itu tidak dibalas oleh orang yang kita sukakan tu , jangan bersedih dan jangan sesekali kita memaksa dia untuk menyukai anda , kerana setiap orang itu berbeza pandangan , hati dan perasaan , yang penting kita dah luahkan dan dia tahu isi hati kita pada dia , sama ada hargai ataupun tidak itu soal ke dua ..

Pesan hatiSetiap kejadian manusia yang tuhan jadikan itu berpasang pasangan , jangan kita takut sebab kita ditolak cinta oleh seseorang , maksud aku cinta tidak berbalas la , kerana jodoh itu pasti ada , Cuma lambat ataupun cepat itu tidak menjadi masalah , setiap manusia punyai jodoh , cuma kita perlu sedikit usaha untuk mencarinya , bukannya meletakkan 100% pada takdir Allah swt , ni mengikut pengalaman aku la , tak salah kalau kita memilih , tapi jangan sampai orang pun meluat tengok perangai anda , citer dia memang tak adalah siapa yang nak , bagi aku kalau korang percaya pada jodoh korang , Insyaallah tuhan akan tolong kita permudahkan jodoh dengan orang yang kita sayang dan Allah swt itu maha adil kerana setiap manusia dipasangkan dengan pasangan yang baik , bagi aku semua orang mahukan yang terbaik untuk mendapatkan pasangan , kerana tuhan telah menjanjikan bagi mereka yang memerlukan pasangan yakni lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik , manakala lelaki yang jahat maksud aku yang buruk perangai la , adalah untuk wanita yang buruk perangai macam dia jugak , begitu juga dengan perempuan okay , hehe ..

SolatDengan harapan aku agar korang semua akan mendapat jodoh yang baik baik , untuk mendapatkan jodoh yang baik , perbanyakkanlah berdoa dalam setiap solat lagi lagi solat sunat istigharah , mintalah apa yang anda mahukan dalam hidup , semoga Allah sentiasa membantu hambanya dalam mencari jodoh , insyaallah ..

-Salam sayang dari saya untuk anda semua – ^^,

Leave a comment